18 June 2019

MAHU TUKAR JANTINA - WANITA DAKWA DIANIAYA SAJAT


Usahawan terkenal, Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman diminta membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman sosial dalam tempoh 48 jam kerana didakwa telah menganiaya seorang wanita yang dikenali sebagai Yusmiliati Binti Mohamed Yusof, 33.

“Saya dengan ini menyatakan dengan tegas bahawa saya telah dianiayai dan dituduh sebagai penipu oleh beliau sedangkan saya telah melaksanakan permohonan tersebut sepertimana diarahkan oleh beliau dan telah menurut prosedur permohonan di JPNM,” katanya dalam satu majlis sidang media.





Semuanya konflik itu timbul gara-gara pembantu peribadi Sajat, iaitu Ashaari Bin Maznan telah menyatakan hasratnya untuk membuat satu permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) bagi menukar jantina pada kad pengenalan yang tertera jantina ‘lelaki’ kepada ‘perempuan’.

Namun, permohonan tersebut telah ditolak atas alasan pemohon gagal untuk melampirkan satu salinan surat daripada doktor mengesahkan beliau (Sajat) adalah seorang khunsa.

“Sejurus itu, mereka telah berhubung dengan saya dan mereka tidak berpuas hati kerana saya tidak dapat memenuhi permintaan mereka bagi permohonan pertukaran jantina tersebut.”

“Mereka telah melemparkan bermacam tuduhan palsu kepada saya dan pembantu Sajat telah membuat laporan polis pada 29.08.2018 yang menuduh saya telah menipu beliau (Sajat).”

“Oleh kerana tindakan beliau tersebut, saya telah ditahan reman oleh pihak polis pada selama 4 hari di Balai Polis Ampang bagi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

“Kemudiannya saya telah dituduh di Mahkamah Majistret Ampang yang masih dalam proses sebutan. Saya tidak mengaku bersalah dan telah memohon untuk dibicarakan di hadapan Puan Hakim,” katanya.

Wanita itu juga turut mendakwa Sajat dipercayai ingin menukar jantina kerana mahu berkahwin.


Sumber: RK

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: