12 June 2019

NETIZEN SINDIR KEGUGURANNYA: "BAGI TIP HAMIL KERANA ORANG TANYA" - FASHA


Semua sedia maklum mengenai pelakon Fasha Sandha yang mengalami keguguran pada Isnin lalu dan ramai memberi kata-kata semangat buat isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu. Namun ada netizen yang mengkritik tindakan Fasha berkongsi tip kehamilan sehingga terlupa tip supaya tidak mudah gugur.





Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun tidak mudah cepat melatah, malah menjawab soalan netizen tersebut dengan penuh kesabaran. Fasha, 35, berkata perkongsiannya mengenai tip kehamilan adalah sekadar untuk berkongsi ilmu dengan peminat.

Menurut Fasha, dia hanya menjawab persoalan peminat di laman Instagram dan tidak serik untuk terus berusaha hamil meskipun mengalami keguguran: "Saya bagi tips kerana orang bertanya... saya tidak serik untuk terus berusaha untuk hamil, semua ini kerja Allah. Terima kasih diatas panggilan apa pun untuk saya. Semoga awak sihat selalu".

Klik untuk gambar besar


Dalam pada komen yang ditinggalkan itu, netizen tersebut mengkritik tindakan Fasha berkongsi tip kehamilan sehingga terlupa tip supaya tidak mudah gugur: "Tulah sibuk nak bagi tip cepat hamil sampai lupa tip untuk diri sendiri supaya tak cepat gugur. Kalau tu pun tak serik lagi tak tahu lah".

Setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Aidil, Fasha mengumumkan dirinya sudah hamil pada 21 Mei lalu. Fasha berkata dia menerima banyak pemintaan yang mahu dia berkongsi tip untuk mudah hamil. Kata pelakon filem 'Badang' ini, rezeki itu datang berkat berdoa kepada Allah dan percaya kepada keajaiban doa itu. Bagaimanapun, rezeki zuriat tidak kesampaian apabila Fasha mengalami keguguran pada usia kandungannya hamil enam minggu.

Fasha berharap semua peminat mendoakan agar dia dan suami kuat melalui dugaan tersebut dan akan terus berdoa serta berusaha untuk dikurniakan cahaya mata di masa hadapan: "Kepada semua pengikut saya, terima kasih atas semua doa baik terhadap kandungan saya. Doakan kami supaya kuat melalui ujian ini," katanya yang berkahwin buat kali kedua dengan Aidil pada 30 Mac lalu.



Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 Apil 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 6 dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Sementara itu, Aidil menjelaskan keadaan Fasha Sandha yang mengalami keguguran dalam keadaan baik. Fasha kini sedang berpantang dan dalam waktu sama turut berehat bagi memastikan tubuhnya kembali kuat dan sihat. Kata Aidil, Fasha keguguran selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarganya di Rembau, Negeri Sembilan.

"Jangan risau, keadaan kami baik saja. Walaupun usia kandungan yang keguguran ini masih awal tetapi isteri harus juga berpantang. Insya-Allah, Allah mahu memberikan lebih baik selepas ini dan harapnya semua orang mendoakan yang baik buat kami sekeluarga," jelasnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar, Harian Metro, Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: