26 June 2019

RUHAINIES MAHU JAGA PRIVASI, NAFI KONGKONG KEKASIH


"Saya percayakan dia. Jadi, tidak ada isu saya takut dia dirampas atau cemburu. Kalau nak tahu, sekarang pun ramai saja wanita yang menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram. Dia juga tunjukkan kepada saya satu persatu mesej mereka. Saya tak pernah minta pun, tapi dia secara sukarela yang berikan telefon bimbit untuk saya periksa.





"Malah, dia juga memberikan kata laluan Instagram miliknya untuk diakses. Mungkin orang akan fikir saya mengongkong, tapi dia yang benarkan saya berbuat sedemikian. Malah, kalau nak tahu, sepanjang perhubungan kami ini belum pernah bergaduh disebabkan perempuan.

"Saya belum terbuka nak dedahkan identiti kekasih. Siapa yang tahu, tahu lah. Kalau boleh, saya nak menjaga privasi dirinya. Apatah lagi dia ahli perniagaan, jadi tidak sesuai untuk masuk dalam bidang glamor ini. Cukuplah saya seorang dulu.

"Kalau sudah berkahwin nanti, baru boleh. Kalau saya perkenalkan sekarang, kasihan kepada dia yang tiba-tiba saja akan menjadi perhatian," ujar pelakon Ruhainies yang belum bersedia mendedahkan identiti kekasihnya yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Mr E.

Klik untuk gambar besar


Ruhainies, 27, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia akan memperkenalkan kekasihnya menetap di London dan sudah dua tahun menjalinkan hubungan cinta dengannya itu kepada umum apabila mereka mahu berkahwin kelak.

Menurut Ruhainies, tindakannya itu bukan tanda bimbang kekasih dirampas orang, tetapi lebih kepada menjaga keharmonian bersama. Pada masa sama, Ruhainies mendedahkan terdapat beberapa artis wanita yang mengikuti kekasihnya itu di Instagram: "Saya tak nak fikir negatif. Mungkin mereka 'follow' sebab nak ambil tahu siapa kekasih saya ini," katanya.

Ditanya mengenai perancangan berkahwin, Ruhainies yang juga pelakon 'Jejak Karmila' menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah SWT: "Kalau bercakap soal bersedia kahwin atau tidak, bagi saya tiada siapa yang akan bersedia sebab masing-masing ingin kesempurnaan dalam perkahwinan. Tapi, kalau nak tunggu bersedia atau tak, sampai bila nak kahwin kan?



"Saya hanya ikut aturan ditetapkan. Pada masa sama, tidak mahu lama sangat. Insya-Allah, kalau majlis kakak saya, Risteena sudah selesai, baru boleh fikir giliran saya pula. Diakui perancangan ke arah itu sudah ada. Perhubungan ini bukan main-main. Kami serius untuk membawa hubungan ini ke fasa seterusnya," tuturnya.

Ruhainies juga menjelaskan, kekasihnya tidak pernah mendesak untuk mereka mempercepatkan majlis perkahwinan: "Dia seorang yang 'cool' dan tenang saja. Dia tahu saya seorang yang fokus pada kerjaya, jadi dia tidak pernah memaksa malah jauh sekali mendesak.

"Dia ikut saya, tapi katanya jangan lambat sangat. Kalau saya kata kahwin esok, dia okey saja. Dia juga tidak pernah memberikan jangka masa. Segalanya diserahkan pada saya. Dalam erti kata lain, tidak perlu tergesa-gesa," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: