23 June 2019

SEDANG MENGENALI - UYAINA BERSYUKUR DAPAT YANG MEMAHAMI KEADAANNYA


"Benar, di laman sosial, saya memang tidak mempamerkan tentang kisah peribadi sebaliknya lebih gemar berkongsi mengenai kerja dan keluarga. Bukan apa, saya rasa kisah peribadi bukanlah keutamaan buat masa ini. Apapun, saya sedang mengenali seseorang tetapi kami lebih selesa bersikap sederhana.





"Adakah dia individu yang terlibat dalam industri sama atau tidak, saya tidak mahu menjawabnya," tutur pengacara dan pelakon yang terkenal menerusi drama 'Curi Curi Cinta', Uyaina Arshad sambil tertawa namun jelas terpancar cahaya bahagia.

Jarang berkongsi tentang kisah peribadinya di laman sosial dan jauh sekali bertebarannya gosip cinta melibatkan dirinya dengan mana-mana lelaki, gadis berusia 26 tahun ini sebenarnya lebih selesa untuk menyimpan kemas tentang kisah peribadi.

Lebih membahagiakan pemilik nama sebenar Shaidatul Naseha Uyaina Arshad itu apabila jejaka tersebut turut menyatakan kesanggupan untuk menjaganya selepas dirinya disahkan menghidap penyakit komplikasi jantung takikardia supraventrikel (SVT) dan injap jantung sekitar Mac lalu.

Klik untuk gambar besar


"Saya bersyukur kerana dia okey apabila dia dapat tahu tentang penyakit saya itu, bahkan dia juga bersedia untuk menjaga saya. Dengan keadaan yang sakit, kita kena cari lelaki yang betul-betul mahu bersama saat susah dan senang bukannya apabila dapat tahu, terus menjauhkan diri. Saya bertuah mengenali dirinya," ujarnya yang akan menguar-uarkan seandainya dia mahu menamatkan zaman bujang kelak tanpa memperincikan mengenai kekasih hati itu.

Ditanya kerjayanya sebagai pelakon yang dilihat semakin berkilau lebih-lebih lagi selepas muncul dalam drama 'Curi Curi Cinta', Uyaina berkata, dia tidak menolak kemungkinan, 'Curi Curi Cinta' juga menyebabkan dia ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah mega drama. Bagaimanapun, dia terpaksa menolak daripada membintangi drama berkenaan kerana terikat dengan dua projek pengacaraan di Jakarta, Indonesia tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, daripada drama itu, ia membuka banyak peluang dan ruang kepada saya untuk terus mendapat tempat dalam industri lakonan. Daripada situ, nama saya semakin dikenali bahkan bakat lakonan juga boleh dikatakan semakin disedari.



"Susah sebenarnya untuk dikenali sebagai pelakon lebih-lebih lagi nama kita sudah kukuh sebagai pengacara," tuturnya yang memanjat kesyukuran dan bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada barisan pelakon drama berkenaan.

Di sebalik kekecewaan kerana tidak dapat menerima naskhah yang besar dengan tawaran watak utama itu, gadis yang mula dikenali setelah memenangi Pencarian Nona Manis 2015 ini berharap agar akan ada lagi tawaran seperti itu selepas ini.

Tambah Uyaina lagi, dia berpendapat tidak perlu untuk berubah menjadi individu lain seperti netizen mahukan: "Bagi saya, jadilah diri sendiri tetapi mestilah tahu batas-batas sebagai seorang Muslimah. Saya tahu batas lebih-lebih lagi apabila sudah mula berlakon".


www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Uyaina Arshad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: