23 June 2019

"BUKAN TATU, ITU ADALAH INAI" - ALIFF AZIZ JAWAB ISU NAMA BELLA DI DADA


Nama Aliff Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila gambar seorang lelaki mirip dirinya tidak berbaju berserta tatu berukir nama bekas isterinya, Bella Astillah, tular selepas seorang pengguna Twitter memuatnaik di Twitter.





Pelakon dan penyanyi yang berusia 28 tahun itu ketika dihubungi menjelaskan, ukiran 'Bella' di dadanya dihasilkan daripada inai. Aliff bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai gambar terbabit: "Bukan tatu. Itu adalah inai," katanya secara ringkas ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Untuk makluman, artis kelahiran Singapura itu dan Bella, 25, berkahwin pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun. Pasangan itu sah bercerai pada 16 Mei lalu selepas berdepan pelbagai kontroversi.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Malay Mail, Astro Gempak & Instagram Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: