13 June 2019

UMIE AIDA: "BUKAN NAK AIBKAN SESIAPA" - ERRA MOHON MAAF PADAM KOMEN


Baru-baru ini, pelakon Datin Seri Umie Aida telah meluahkan perasaannya yang kecewa dikhianati sahabat sendiri dan ia cukup hangat diperkatakan sejak semalam. Umie menyatakan kekecewaannya dengan sikap rakannya itu yang telah memusnahkan kepercayaannya berulang kali.





Kini menerusi muatnaik terbaru di laman sosial, Umie menjelaskan tindakannya itu bukanlah berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak, tetapi dirinya berhak untuk meluahkan rasa sakit dan kecewa. Malah, beliau juga mempunyai bukti kukuh pengkhianatan sahabatnya itu.

Pelbagai spekulasi mula timbul dan rata-rata netizen beranggapan individu yang dikatakan Umie itu ialah pelakon dan penyanyi Erra Fazira kerana umum mengetahui mereka mempunyai hubungan yang erat dan begitu akrab sekali. Malah, hasil pemantauan kedua-dua sahabat ini juga dilihat saling tidak mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Ada juga netizen yang mula 'menyerang' ruangan komen di Instagram Erra untuk bertanyakan mengenai isu hangat tersebut. Bagaimanapun, Erra hanya memohon maaf terpaksa memadam beberapa komen yang agak melampau agar tiada sebarang isu terus diperbesarkan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Rotikaya & Forum Cari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: