22 July 2019

ABAM BOCEY: "BILA MASA MENGANDUNG TAK SCAN... HAHAHAHA JADILAH NAK"


Menerusi entri di Instagram (IG), pelawak kumpulan Bocey, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan mengakui tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan jantina ketika anaknya masih dalam kandungan isterinya, Siti Norhidayah.





"Bila masa mengandung tak scan.... Jadi main beli aje barang nye... Nahhhh sekali godek godek barang terjumpa pulak puting yg ni.... Haihhh... Lain macam ayahanda tgk... Hahahaha jadi lah nak....," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gambar dikongsikan oleh Abam dan mereta turut mendoakan kesihatan anaknya. Abam mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 dan mereka dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Syed Uthman Hamzah yang dilahirkan pada 14 Jun lalu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abam Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: