22 July 2019
ADAM CORRIE: "TULIS NAZRI BIN ABDULLAH..... USTAZ TANYA CAKAP ADAM CORRIE"
Pelakon Adam Corrie mengakui pada mulanya dia sering mengabaikan laungan azan, sebelum memeluk agama Islam pada tanggal 13 Julai 2007 yang menjadi detik bersejarah buatnya: "Apabila saya mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, saya aktif saya mula lupa diri dan banyak berhibur, saya tidak mendengar orang azan, orang berzikir dan mengaji.
"Sedangkan masa di negeri asal (Pulau Pinang) saya suka dengar orang mengaji, tetapi apabila saya masuk KL, saya dah tak ada perasaan untuk dengar semua benda-benda itu," tutur Adam yang memegang watak antagonis dalam mana-mana atau drama.
Adam turut mengakui bahawa dia gemar berhibur di kelab. Beberapa minggu kemudian, Adam mengenali beberapa sahabat lain lalu nekad memeluk Islam. Malah, Adam ketika itu sudah mempunyai idea untuk nama Islamnya sebelum mengucap syahadah keesokan harinya.
Klik untuk gambar besar
"Saya suka layan live band sehingga minum minuman alkohol samapi habis. Tapi satu hari, saya pergi tempat yang sama, tapi segelas pun saya tak habis dan tiba-tiba telinga saya berdesing dah rasa sakit. Saya juga tidak boleh terima persekitaran di situ (kelab) sebab saya rasa rimas dan saya bergegas keluar dari situ.
"Automatik Allah nak beri hidayah kepada seseorang itu, saya tinggalkan semua. Alhamdulillah. Dekat rumah saya dah tulis siap-siap nama Islam iaitu Nazri Bin Abdullah, tapi sampai di pejabat Islam, saya mula mengucap syahadah, ustaz tanya apa nama Islam, saya cakap Adam Corrie.
"Saya pun tak tahu dari mama datangnya nama Adam itu. Corrie tu tak apalah, memang nama aasal saya. Alhamdulillah dengan izin Allah dan semuanya berjalan lancar ketika itu," kongsi bapa kepada seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Adam Corrie
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment