28 July 2019

AINUL MARDHIAH KE HKL - DR AMALINA RAYU TAK MELAWAT SECARA RAMAI


"Alhamdulillah, Ainul sihat. Semuanya baik, selamat sampai, tiada sebarang masalah di dalam pesawat. Terima kasih kepada semua yang menunggu di sini dan juga terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menanti dan mendoakan Ainul.





"Alhamdulillah kami selamat sampai," demikianlah kata bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, yang memberitahu anaknya berada dalam keadaan baik sepanjang 12 jam penerbangan dari London ke tanah air dan terus Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Mereka meninggalkan Hospital Great Ormond Street untuk menaiki pesawat yang berlepas pukul 11 pagi waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow ke Malaysia. Bayi 10 bulan itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH003, pada pukul 7.15 pagi hari ini bersama kedua ibu bapanya.

Klik untuk gambar besar


Penerbangan pulang Ainul bersama ibu bapanya turut ditemani doktor sukarelawan dari Malaysia iaitu Perunding Anaesthesiologi dan Pakar Penjagaan Kritikal Hospital Pakar Avisena, Datuk Dr. Jaseemudeen Abu Baker, Perunding Anaesthesiologi dan Pakar Perubatan Penjagaan Kritikal Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr. Gunalan Arumugam.

Sementara itu, pakar bedah pelatih warga Malaysia di United Kingdom (UK), Dr. Nur Amalina Che Bakri menasihatkan orang ramai supaya tidak melawat adik Ainul secara beramai-ramai kerana ia mempunyai risiko untuk bayi itu mendapat jangkitan.



"Saya merayu rakyat Malaysia supaya beri ruang kepada adik Ainul untuk berehat kerana dia masih dalam proses pemulihan dan perlu dipantau. Terima kasih atas kerjasama anda, Alhamdulillah Ainul sudah selamat sampai," jelasnya melalui InstaStorynya.

Ainul telah berada di London, United Kingdom, lebih dua bulan sejak bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 23, membawanya ke London 25 Mei lalu untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulutnya selepas bertarung nyawa selama lima jam di Hospital Great Ormond Street pada 10 Jun lalu.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof. David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr. Amalina.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: