28 July 2019

ZAHID AF2 SERBA SALAH CERAIKAN ISTERI SEBELUM BIRTHDAY


Bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid, 38, hari ini telah mendedahkan dirinya sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Julifa Yusof pada 18 Julai lalu dan keputusan tersebut dibuat selepas setahun mempertimbangkannya bersama.





"Saya sebenarnya tidak mahu membesarkan punca atau isu tentang perceraiaan ini kerana terlalu peribadi buat saya dan bekas isteri. Kami berpisah secara baik dan tidak timbul isu orang ketiga atau sebagainya," jelasnya menerusi rancangan Melodi hari ini.

Tambah Zahid, dia sebenarnya turut berasa serba salah apabila keputusan untuk bercerai itu diambil beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran ke-31 Sarah: "Kami sudah berbincang soal ini hampir setahun dan kebetulan kata sepakat dicapai beberapa hari sebelum hari lahir bekas isteri pada 21 Julai.

"Namun, saya tetap memberi ucapan yang baik-baik buat dia kerana Sarah seorang ibu yang baik untuk anak kami," jelasnya yang mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Kosmo & Instagram Zahid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: