28 July 2019

ATAS BANTUAN BOMBA - NING BAIZURA BERSYUKUR CINCIN IKAN TERTANGGAL JUA


"Traumatic Day Rescued by the Fire & Rescue Team Jalan Pantai Baharu. BLESSED TO BE SAVED BY THE #FIRE&Rescue team of Jalan Pantai Baru.. 😥😰 Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada semua anggota pasukan penyelamat balai bomba di Jalan Pantai baru terima kasih sekali lagi... moga Allah memberikan anda lebih banyak lagi rezeki amin.. Tq for Saving me..😇.





"Saya ingin berkongsi kepada semua, hari ini (semalam) merupakan hari yang traumatik dalam hidup saya. Ketika mahu membuat persembahan semalam (kelmarin), saya dalam keadaan sangat tergesa-gesa memaksa diri untuk memakai sebentuk cincin. Namun, ia sukar untuk ditanggalkan.

"Jadi, saya biarkan semalaman sehingga ibu dan suami saya menyuruh saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya. Saya mencari pelbagai solusi di Internet untuk menanggalkan cincin. Saya cuba menanggalkan ia dengan sabun dan minyak tetapi tidak berjaya.

Klik untuk gambar besar


"Kemudian, doktor menyarankan saya ke balai bomba kerana pihaknya tidak mempunyai kelengkapan yang sepatutnya untuk menanggalkan cincin terbabit," demikian kata penyanyi Ning Baizura yang berkongsi momen mencemaskan menerusi Instagram TV apabila cincin berbentuk ikan yang dipakainya ketika membuat persembahan malam kelmarin tersekat di jari tengah tangan kirinya.

Hal itu menyebabkan jarinya membengkak hingga penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu mendapatkan rawatan di klinik dan balai bomba berdekatan kediamannya semalam. Ning kemudiannya bergegas ke Balai Bomba Jalan Pantai untuk mendapatkan tindakan lanjut.

Dalam video terbabit, Ning dibantu oleh sepasukan anggota bomba menggunakan beberapa peralatan memotong logam bagi menanggalkan cincin terbabit. Bersulam perasaan gemuruh dan gementar, setelah melalui beberapa peringkat akhirnya cincin tersebut berjaya ditanggalkan. Dalam sebak, Ning turut berterima kasih kepada pasukan bomba yang profesional dan bertindak pantas untuk membantunya mengeluarkan cincin di jarinya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ning Baizura


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: