18 July 2019

ISU CERAI SULTAN MUHAMMAD V - "IA LUMRAH KEHIDUPAN": KERAJAAN KELANTAN


"Isu perkahwinan dan perceraian adalah perkara lumrah dalam kehidupan dan tidak perlu dijadikan diperbesarkan atau pun dijadikan sebagai tajuk utama akhbar.

"Saya hairan apabila isu tersebut dijadikan laporan muka hadapan beberapa akhbar utama. Apakah tujuan tindakan itu dilakukan…Kita bimbang jika ada agenda tersembunyi disebalik tindakan itu kerana perkara ini melibatkan seorang Sultan," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.





Tambahnya, kerajaan Kelantan setakat ini tidak menerima sebarang maklumat rasmi daripada istana Kelantan berhubung perceraian Sultan Muhammad V dengan isterinya Rihana Oksana Gorbatenko, 27, seperti yang dilaporkan.

"Sultan ini ibarat mak ayah, kita kena hormatlah macam kita hormat Perdana Menteri. Kita tidak setuju itu cerita lain tetapi penghormatan perlu ada," tambahnya sebagai mengulas desas desus laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang menyiarkan laporan muka hadapan mengenai penceraian Sultan Muhammad V dan Rihana Oksana kononnya dengan talak tiga.





         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: