13 July 2019
BILA ALIFF AZIZ NANGIS DEPAN EBIT LEW
"Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi ‘asbab’ kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual. Saya tanya (kepadanya) jika hari ini adalah hari terakhir. Tiada esok, tiada lusa.
"Apa (dia) nak cakap kepada yang disayangi dan anak yang sangat ‘cute’. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak,” demikian tulis pendakwah Ebit Lew melalui media sosialnya mengenai kesungguhan Aliff Aziz yang mula mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa dan berusaha menjadi insan lebih baik.
"Syukur dengar Aliff kini yang menjaga solat, mula hafal al-Quran. Nenek dan datuknya orang sangat baik. Begitu juga mak dan ayahnya. Tadi, banyak soalan agama daripadanya. Setiap manusia diuji Allah,” tambah Ebit yang bertemu dengan Aliff di Singapura.
Difahamkan, Ebit kemudian berdoa semoga Aliff akan terus istiqamah kerana Allah.
________________________
No comments:
Post a Comment