12 July 2019

RESTORAN 'FIZOMAWAR KITCHEN' - FIZO OMAR BELUM PUTUSKAN UBAH NAMA


Peminat mula berteka-teki tentang hala tuju perniagaan yang dijalankan sejak berkahwin misalnya restoran 'Fizomawar Kitchen', selepas terlafaznya talak satu antara pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim. Menjawab persoalan itu kepada rancangan bual bicara Mingguan Wanita, kata Mawar nama dan hala tuju selanjutnya bisnes mereka itu masih belum diputuskan.





"Buat sementara ini kami belum putuskan untuk mengubah nama itu. Sehingga kini kami berkawan atas dasar rakan kongsi kepada perniagaan itu. Jika ada perubahan nama pun mungkin akan jadi Fizomaryam sebab pangkal M nama itu masih ada dan akan dikekalkan," kata Mawar ketika dihubungi.

'Fizomawar Kitchen' mula beroperasi sekitar pertengahan Disember 2015 dan menyediakan pelbagai masakan berasaskan Thailand serta juadah ikonik negeri Cik Siti Wan Kembang. Restoran itu beroperasi di Bandar Baru Bangi dan beroperasi setiap hari Selasa hingga Ahad dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

'Fizomawar Kitchen' turut membuka cawangan kedua di Kota Bharu, Kelantan. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam, 2 tahun. Pasangan itu memutuskan untuk bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada Rabu lalu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mingguan Wanita


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: