06 July 2019

"LAGU TAK SEDAP MANA TETAPI TETAP DIMAINKAN DI RADIO" - HATTAN TERKILAN


"Buat single bukan mudah. Boleh mencecah RM10,000 tetapi radio pula terlampau memikirkan rating semata. Masih ramai artis lama yang mempunyai permintaan dalam pasaran, berilah kami peluang untuk berkarya.





"Janganlah buat syarat mengatakan mereka boleh pusing satu lagu sahaja," ujar penyanyi Datuk Hattan yang meluahkan perasaan sedih dan kecewa apabila terdapat beberapa stesen radio tempatan bersikap pilih bulu terhadap lagu-lagu yang ingin dimainkan.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 55, berkata, ia berlaku gara gara stesen radio terlalu memikirkan soal rating sehingga tiada ruang buat dirinya untuk berkarya. Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Rendang Tak Berbuah' ini turut mempersoalkan lagu-lagu artis baharu yang dianggap tidak mempunyai kualiti tetapi dimainkan berulang kali.

"Segelintir artis baharu yang lagu mereka tak sedap mana tetapi tetap dimainkan di radio. Nak ikutkan banyak lagu-lagu lama yang lebih berkualiti, artis yang lebih berbakat darpada penyanyi baharu. Sudahlah tu, lagu penyanyi sekarang semua nak 'meleweh' sahaja," katanya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: