13 July 2019

DIMINTA BERCINTA DENGAN KAMAL ADLI: "BELUM FIKIRKAN SECARA SERIUS" - UQASHA


Ramai peminat ingin melihat Uqasha Senrose dan Kamal Adli bercinta selepas melihat keserasian gandingan mereka dalam drama bersiri 'Setelah Terlafaznya Akad' yang kini sedang ditayangkan. Namun, bagi Uqasha, perkara berkaitan soal hati tidak boleh dipaksa, tambahan pula ketika ini, dia mahu memberikan fokus terlebih dulu kepada kerjaya.





"Mungkin kerana masing-masing masih solo, jadi ramai berharap hubungan baik kami berlanjutan hingga ke luar lokasi penggambaran. Soal hati dan perasaan di luar kawalan saya, malah perkara itu belum saya fikirkan secara serius kerana mahu terlebih dulu membina kerjaya," katanya.

Uqasha yang membawa watak Nawal dalam drama itu bagaimanapun, mengakui selesa bergandingan dengan Kamal yang pada matanya tenang dan kelakar: "Banyak yang saya belajar daripada Kamal, terutama mengenai lakonan. Berbanding saya, dia lebih berpengalaman dalam selok-belok lakonan. Keserasian itu tercipta mungkin kerana kami lama di lokasi penggambaran.

Klik untuk gambar besar


"Hampir lima bulan kami bersama menyiapkan drama itu. Jika ramai yang suka, itu bonus kerana ia bermakna, gandingan kami menjadi. Lagipun, keserasian bukan perkara yang boleh dibuat-buat dan penonton dapat menilainya menerusi persembahan kita di skrin televisyen," ujarnya.

Sementara itu, Uqasha turut menafikan, perkahwinan adiknya, Nelydia Senrose pada April lalu, memberinya tekanan untuk segera mencari jodoh: "Sudah jodoh dia berkahwin pada usia muda dan pilihan itu terbaik untuknya. Pada usia 26 tahun, saya rasa masih lagi awal untuk mendirikan rumah tangga.

"Untuk apa memaksa diri jika masih belum bersedia. Saya gembira dengan kehidupan Nelydia yang semakin teratur. Soal lambat atau cepat bertemu jodoh, saya serahkan kepada takdir. Saya tidak mahu mendesak diri hanya kerana memenuhi permintaan orang lain," tuturnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Uqasha Senrose & Kamal Adli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: