13 July 2019

ERRA FAZIRA AKUI HUBUNGANNYA DENGAN SHAHIR BERAKHIR, BAKAL TUNAI HAJI


"Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa. Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan," jelas pelakon dan pengacara program Mingguan Wanita, Erra Fazira yang mengumumkan hubungannya dengan penyanyi Shahir Zawawi sudah berakhir sejak Januari lalu.





Menurutnya, sekalipun dia dan Shahir yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu sudah membawa haluan masing-masing namun kedua-duanya masih berhubungan sebagai rakan biasa. Sebelum ini, Erra sering mengelak daripada bercakap mengenai Shahir, namun mengakui dia dan penyanyi itu berkawan baik sejak empat tahun lalu.

Erra bagaimanapun tidak berkongsi apakah punca yang menyebabkan mereka berpisah: "Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila? Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada," luah Erra lagi.

Selain itu, Erra juga turut mengesahkan yang dia dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji. Namun begitu, Erra tidak pula memaklumkan bila dia akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro AWANI, MHETV, Kosmo & Instagram Erra Fazira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: