13 July 2019

TERCAMPAK KETIKA KEMALANGAN - USTAZ EBIT LEW SEMPAT MENGUCAP, SYUKUR SELAMAT


"Dah 3 hari tak balik kemalangan 3 pagi ini. Tadi dari balik ceramah Masjid Poli Pasir Gudang ke kl. Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Tak ada kereta lain di highway. Saya cuba elak sampai hampir kena divider kanan. Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan.





"Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung. Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi. Cari dekat belakang. Kereta tu terbalik. Kita dah bawa bertenang elok tiba-tiba orang mengantuk atau leka langgar kita. Allahu. Itu namanya takdir Allah. Syukur semuanya selamat

"Disebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf plus dan towing semua kenal. Bergambar-gambar kami. Dapat dakwah. Cian ustaz penat dakwah sana sini kata mereka. Tak ada apalah abang. Semua kerana dia sayang. Saya dapat jumpa abang.

"Dia beri musibah supaya terselamat dari musibah lagi besar. Seorang abang plus peluk? sebak. Dah lama nak jumpa ustaz. Saya ingat ustaz. Saya ingat Allah sayang. Saya banyak diuji tapi selalu ingat Allah sayang. Hari ini walau teruk ustaz tetap cakap Allah sayang.

Klik untuk gambar besar


"Terima kaseh abang polis. Abang plus. Abang towing. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Terima kasih Ya Allah," demikian cerita penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew yang terlibat dalam kemalangan dekat Lebuh Raya Utara-Selatan di Seremban, pagi hari ini, menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.

Menganggap kejadian tersebut sebagai dugaan Tuhan, Ebit juga turut menceritakan detik cemas sewaktu kemalangan berlaku. Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana semuanya selamat meskipun kereta yang menghimpitnya itu terbalik. Menerusi laman Facebooknya, dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, dia bersama dua lagi rakan dalam perjalanan balik dari Masjid Politeknik Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur selepas habis ceramah agama. Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan rasa syukur kerana pendakwah itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.

"Alhamdulillah... Syukur semuanya selamat... Semoga ustaz dalam rahmat Allah S.W.T selalu... Amin," tulis @noorhashimahhajiishak - "Alhamdulillah ustaz, syukur tiada kecederaan yang serius," tulis @fikriirazak_




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ebit Lew


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: