27 July 2019

RIHANA OKSANA: "SAYA TAK PERNAH TERIMA SEPINA ATAU SURAT MAHKAMAH"


"Saya tertanya-tanya, apa sebenanya yang sedang berlaku dan 'sampah' apa yang ditulis oleh media bagi mensensasikan berita. Pertamanya ketika mendapat tahu mengenai berita perceraian itu, saya dan Leon berada di rumah kami di Rusia. Saya tak menerima sebarang sepina atau surat mahkamah.





"Keduanya, suami saya seorang Muslim yang baik, dia tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuan saya. Undang-undang Islam menyeru untuk melindungi wanita. Seseorang wanita mempunyai hak, dan seperti manusia biasa, walaupun berada di luar negara, dia perlu mempertahankan kedudukannya agar menjadi contoh kepada wanita lain yang berada dalam keadaan serupa.

"Artikel-artikel terbaru yang disiarkan oleh media adalah tidak sah. Saya tidak akan tunduk kepada provokasi dan kekal berniat untuk mempertahankan maruah keluarga saya. Berdiam diri membawa maksud saya mengiyakan kebohongan.

"Anak, keluarga dan seluruh dunia sedang melihat saya, dan saya tak berhak untuk mengalah," jelas Rihana Oksana Gorbatenko melalui laman sosial Instagramnya pagi ini yang menegaskan dia tidak pernah menerima sebarang sepina atau surat mahkamah berhubung berita perceraiannya.

Klik untuk gambar besar


Tulis bekas Ratu Cantik Rusia yang dikaitkan sebagai isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu lagi, suaminya seorang Muslim yang baik dan tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuannya. Tambahnya, undang-undang Islam turut memperjuangkan hak dan melindungi wanita.

Beliau turut menjelaskan, berita-berita yang disiarkan media sebelum ini adalah tidak sah hanya untuk disensasikan. Kata Oksana lagi, dirinya yang berdiam diri sebelum ini tidak bermaksud beliau mengiayakan semua pembohongan (berita yang disiarkan sebelum ini).

Oksana dan Sultan Muhammad dikatakan sebelum ini berkahwin di Rusia selepas video perkahwinannnya menjadi tular seluruh dunia. Selepas itu tersebar pula sijil cerai yang mendakwa Oksana diceraikan dengan talak tiga. Penceraian itu turut disahkan oleh peguam Sultan Muhammad, Koh Tien Hua yang memaklumkan pasangan terbabit bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Rihana Oksana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: