27 July 2019

KEKASIH 'DIGODA': "TOKSAH DUK FEELING SANGAT, NAK TRY LUCK KE?" - RUHAINIES


Akui terkejut apabila membaca mesej peribadi (DM) yang dihantar oleh beberapa orang wanita di akaun Instagram milik teman lelakinya, pelakon Ruhainies berkata wanita-wanita berkenaan menghantar mesej cubaan menggoda dan merosakkan hubungannya dengan kekasih yang dikenali sebagai Mr. E.





"Terkejut apabila membaca DM yang dihantar oleh beberapa orang wanita di Instagram teman lelaki. Tanpa segan silu ada yang nak kenal, siap bagi emoji love dan sebagainya. Apabila saya semak profil mereka, rata-ratanya ada mutual friend dengan saya, maknanya mereka adalah kawan kepada kawan saya. Jadi mereka pasti tahu tentang hubungan saya dengan E, tapi pelik kenapa masih mahu 'cuba-cuba' kacau? Kalau sekadar mesej usikan dari peminat saya tak kisah," kata Ruhanies.

Pada Jumaat, Ruhainies menerusi Twitter menerusi luahan rasa kurang senang dengan sikap ditunjukkan wanita berekenaan: "Perempuan yang duk DM dia dekat IG tak tahu ke yang I pun ada password IG dia. Toksah duk feeling sangat. Nak try luck ke? Depa tak tahu ke I kadang-kadang boleh jadi kucing. Kadang-Kadang boleh jadi harimau, fikir dulu sebelum nak menggatal okay," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Ruhanies berkata dia dan kekasih bersikap telus dan terbuka berkongsi kata laluan media sosial masing-masing: "Kami sekarang dalam fasa hubungan serius dan tak kisah berkongsi password masing-masing, tiada sembunyi-sembunyi.

"E punya akaun Instagram sentiasa terbuka di telefon saya, jadi apabila ada notification masuk, saya boleh nampak sehingga terbaca mesej-mesej yang dihantar wanita itu. Mereka sepatutnya sebagai wanita kena faham hati dan perasaan perempuan lain. tak baiklah ganggu hubungan orang lain," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: