13 July 2019

SELAMAT LAHIRKAN ANAK SULUNG - JULIANA EVANS KINI BERGELAR IBU


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Juliana Evans yang kini sudah bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.





Berita gembira tersebut dikongsikan Juliana menerusi Instostory miliknya dengan memuatnaik gambar memaparkan beliau berehat diatas katil sambil memandang bayinya yang sedang nyenyak tidur dengan wajah gembira. Selain itu, Juliana meluahkan rasa syukur dapat bergelar ibu: "Alhamdulillah... I am a mother".

Bagaimanapun ketika ini, Juliana masih belum mendedahkan wajah penuh anaknya itu, malah jantina dan juga nama penuh cahaya mata pertama pasangan ini juga masih belum diberitahu oleh mereka. Apapun, semoga dengan kehadiran bayi comel ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga Juliana dan suaminya.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Juliana Evans


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: