20 July 2019

SUBANG FIRMAN ITU BUKAN PALSU - DSV


Semalam, Firman Siagian, pemenang Gegar Vaganza 4 dari Indonesia, mendakwa hadiah berlian yang diberikan Datuk Seri Vida mungkin palsu dan akan menuntut haknya itu melalui proses undang-undang, kerana tidak dapat maklum balas daripada jutawan kosmetik itu.

Setelah berita tersebut tersebar di laman sosial, akhirnya DSV tampil menjelaskan bahawa hadiah subang berlian untuk Firman sebagai pemenang tempat kelima GV4 adalah tulen dan bukannya palsu.





"Jadi Firman jangan beranggapan apabila Aishah kata palsu dia pun ingat palsu juga. Ya Allah, subang berlian itu bukan palsu. Saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya minta dia jangan terikut-ikut nanti termalu sendiri. Itu memang berlian tapi tidak ada sijil sebab kategori barang kemas perhiasan.

"Macam tiga lagi barang kemas diterima Aishah pun tidak ada sijil melainkan dua butir berlian yang turut dipilihnya. Bila saya bagi Aishah peluang pilih berlian, tidak bermakna berlian lain palsu. Susah saya nak terangkan kepada mereka tidak biasa pakai barang kemas berlian ini," jelas DSV dipetik sebagai berkata.





Untuk makluman, semalam Firman mula meragui ketulenan berlian bernilai RM30,000 itu selepas mengikuti perkembangan kes Aishah menerusi laman sosial. Dakwanya, dia turut memeriksa ketulenan hadiah tersebut di sebuah kedai barangan kemas di Bandung, tetapi ditolak kerana tiada sijil pengesahan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: