Jika semalam pelakon Juliana Evans, 30, mengumumkan perkhabaran gembira dimana beliau telah selamat melahirkan anak sulung menerusi InstaStory, kini abang iparnya, Tengku Salehuddin Ismail Shah berkongsi nama serta wajah dan ia sekali gus mendedahkan jantina bayi tersebut melalui laman Instagramnya (@tengkubib), semalam.

'Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah' menjadi nama pilihan Juliana dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, buat puteri sulung mereka yang dilahirkan pada jam 9.39 malam kelmarin.
"Alhamdulillah ๐คฒ๐ป. This my daughter Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Shariffuddin Shah. congratulations @tengku_adeq and @julianaevans #Mily ❤️๐๐๐งก❤️๐๐ค๐," tulisnya yang turut memberitahu puteri Juliana dan suami akan dipanggil dengan panggilan 'Mily'.
Untuk makluman, pelakon filem 'Bella & Jamie' itu mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017. Sebelum ini, pelakon berkenaan dan suaminya lebih selesa membiarkan jantina cahaya mata mereka itu menjadi kejutan. Namun, Juliana pernah menyatakan dia teringin menimang seorang puteri dan kini, impian berkenaan nampaknya menjadi kenyataan.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Tengku Salehuddin Ismail Shah & Instagram Juliana Evans
________________________

No comments:
Post a Comment