01 August 2019

AFIQ MUIZ: "GENTLE & ISLAM SAJA.. YANG DUA ALAM DI LARANG..... AMARAN"


"Banyak besar dia punya kepala main bedal adik aku sampai lebam-lebam. Siapa nak jadi adik ipar aku lepas ni, yang gentle dan Islam saja. Yang dua alam di larang sama sekali. AMARAN," demikian tulis pelakon drama bersiri 'Jodoh-Jodoh Annisa', Afiq Muiz menerusi laman Instagramnya.





Afiq telah memuatnaik sekeping foto bersama adiknya yang juga pelakon, Aishah Azman dan memberikan amaran kepada lelaki yang bakal menjadi adik iparnya. Menariknya, kapsyen foto Afiq bersama adiknya itu seakan menjadi respon terhadap isu putus tunang yang didakwa terjadi kepada Aishah baru-baru ini biarpun Afiq tidak menyatakan sebarang nama.

Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan Aishah. Pelakon filem 'Mukhsin' itu menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya. Terdahulu, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Afiq Muiz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: