01 August 2019

"SELEPAS MENEMPUHI FASA PERIT ITU, SAYA BANYAK BELAJAR" - TAUKE


"Alhamdulillah, rumah tangga saya kembali pulih seperti biasa. Saya akui ia merupakan satu ujian besar. Ketika itu, rumah tangga kami di ambang perpisahan. Waktu yang sama, saya menempuhi dua perkara iaitu terlibat dengan program Maharaja Lawak Mega dan menghadapi masalah rumah tangga.





"Selepas tamat program, saya berbincang secara baik dengan isteri dan dapat menyelesaikan masalah yang timbul," kata pelawak kelahiran program realiti Raja Lawak, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 43, yang bersyukur kerana dapat menempuhi fasa sukar perkahwinan dan menyelesaikannya dengan baik.

Pernah menghadapi masalah rumah tangga pada awal tahun ini, Tauke mengakui kontroversi terbabit memberikan banyak pengajaran kepada dirinya. Tambah ahli kumpulan 'Jambu' dan 'Tamanz' ini, dia belajar untuk tidak menghebahkan masalah rumah tangga di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


"Sebelum ini, isteri pernah berkongsi masalah di laman Instagram dan saya juga begitu. Dahulu, jika ada yang saya tak puas hati, saya akan berkongsi perkara terbabit tetapi dalam cara yang kurang jelas berunsurkan sindiran. Selepas menempuhi fasa yang perit itu, saya banyak belajar.

"Bagi saya, masalah rumah tangga tidak perlu dikongsi di laman sosial. Suami isteri seharusnya menyelesaikan ia dengan cara yang betul seperti berbincang. Kadangkala wujud masalah komunikasi tetapi jika perbincangan dari hati ke hati diluahkan oleh suami isteri dan sama-sama membuang rasa ego, Insya-Allah semuanya akan kembali pulih," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Tauke Jambu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: