01 August 2019

KOMEN DI FOTO PEMBACA BERITA, HAWA - FIZO OMAR 'DIUSIK' CUBA 'PIKAT'


Sehingga hari ini, berita perceraian pelakon, pengacara dan usahawan Fizo Omar dan usahawan tudung Fareeda, Mawar Karim masih lagi menjadi bualan hangat meskipun sudah beberapa minggu berlalu. Mereka berpisah pun bukan kerana berlakunya pergaduhan besar tetapi disebabkan tiada persefahaman melibatkan isu keluarga.





Meskipun isu ini masih panas dan menjadi persoalan para peminat, timbul pula isu baru apabila peminat berspekulasi Fizo cuba untuk memikat pembaca berita terkenal, Hawa Rizwana. Tuduhan ini timbul apabila Fizo memberi komen "Good job Hawa" di laman Instagram milik pembaca berita Buletin TV3 itu.

Menurut posting di IG berkenaan, Hawa ialah antara individu bertuah dipilih untuk melaporkan Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai lepas dan Fizo hanya mengucapkan tahniah kepada pembaca berita itu.

Klik untuk gambar besar


Komen Fizo itu mendapat perhatian peminat yang rata-rata menyakatnya mahu memikat Hawa meskipun komen berkenaan hanyalah sebuah ucapan tahniah. Meskipun disakat peminat, Hawa tetap tenang membalas komen Fizo Omar. Daripada apa yang boleh kita lihat, hubungan mereka hanyalah sebagai rakan sekerja dan Fizo boleh diibaratkan sebagai senior dalam dunia hiburan.

Amboi netizen, bukan main lagi mengusik Fizo ya. Kalau puji dan ucapkan tahniah, tidak bermakna seseorang itu mahu memikat orang lain. Fikir positif, niat Fizo ikhlas memuji Hawa dan tidak lebih daripada itu. Buat peminat, jangan cepat buat spekulasi okey! Apapun, semoga Fizo dan Mawar diberikan kemudahan dan ketenangan oleh Yang Maha Esa.








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Forum Cari, Instagram Hawa Rizwana & Fizo Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: