01 August 2019

INDIVIDU: "TEL NO. LU PIKIR SENDIRI HAHAHA" - NABIL BERANG KERETA 'DIBLOCK'


Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik dua video dan meluahkan rasa berang dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan di belakang keretanya sehingga menghalang laluan keluar parkir kereta.





Lebih memburukkan keadaan apabila pemandu itu seakan-akan mencabar kesabaran selebriti itu dengan meninggalkan sekeping nota tulisan tangan yang meminta pengacara program 'Gegar Vaganza' itu memikirkan nombor telefonnya: "Tel no. lu pikir sendiri HAHAHA," tulis pemandu terbabit.

Nabil menganggap tindakan individu tersebut bukan sesuatu yang boleh dibuat lawak: "Kuang haja name nyer!!! Ingat kelakaaa ke!!! Lu pikir sendiri kepala otak hang!!!" kata bapa kepada tiga cahaya mata perempuan itu.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, isteri Nabil iaitu nazirah Ayub menganggap ia gurauan kasar yang dibuat seseorang yang mengenali suaminya itu. Menerusi video pertama yang dimuatnaik, ia menunjukkan Nabil turut membunyikan hon berkali-kali. Bagaimanapun, pemilik kenderaan berkenaan tidak muncul.

Menerusi video kedua, Nabil dilihat terpaksa menolak kenderaan itu selepas menyedari brek tangan kereta itu tidak ditarik: "Owner x muncul. Cerita dia mmg tokono!!! Aku geram!!!" tulis Nabil lagi.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nabil Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: