01 August 2019

ISTERI AMMAR ALFIAN SELAMAT LAHIRKAN 'BABY K'


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam yang telah selamat melahirkan bayi lelaki pada malam Selasa. Perkara itu dimaklumkan Nelissa menerusi Instastories akaun Instagramnya sebentar tadi.





"Baby K is here! Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada malam 31 Julai 2019," tulis Nelissa yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem 'Paskal' itu pada 6 Mac 2016.

Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan. Namun, pasangan itu masih belum bercerai namun mengesahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mei lalu.

Baru-baru ini Ammar menerusi media sosialnya cuba memujuk kembali Nelissa namun wanita itu kembali membongkar sikap curang Ammar ketika berada di Barcelona, Sepanyol minggu lalu.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: