01 August 2019

KEMALANGAN KECIL DI SET - KEPALA ELYANA CEDERA, TERIMA JAHITAN


"Hari ini ada kejadian tidak diingini berlaku ketika di set penggambaran 'Aneh'. Saya mengalami kemalangan kecil yang tidak diduga. Tetapi tidak mengapa, semuanya ada hikmah Insya-Allah," demikian kata penyanyi Elyana yang terpaksa menerima jahitan pada bahagian kepala selepas mengalami kecederaan kecil ketika menjalani penggambaran telemovie 'Aneh' malam semalam.





Perkara itu dikongsikan Elyana, 32, menerusi Instagramnya sebentar tadi sambil berkongsi video ketika dia mendapatkan rawatan jahitan pada kepalanya. Tambah Elyana lagi, dia sanggup menerima tawaran berlakon kerana memenuhi permintaan peminatnya.

"Disebabkan semua teringin sangat tengok saya berlakon, jadi saya berjuang untuk hiburkan kalian. Jangan lupa saksikan cerita Aneh yang akan keluar tidak lama lagi," kata pelantun lagu 'Tak Tercapai Akalmu' itu.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: