29 August 2019

AZNIL BUAT LAPORAN POLIS, NAMA DISALAH GUNA


"Saya dapat laporan ada orang guna nama saya tanpa kebenaran. Mereka yang menjual barangan elektrik memanggil orang ramai yang lalu-lalang di hadapan kedai untuk buat cabutan bertuah dan menang hadiah percuma. Hadiah itu pula dikatakan akan disampaikan oleh saya di atas pentas dalam sebuah majlis yang diadakan pada 31 Ogos ini di pusat beli-belah berkenaan.





"Jadi saya mahu mengingatkan kepada orang Kuching bahawa saya tiada kena-mengena dengan usaha untuk memerangkap orang-orang yang dirasakan boleh mereka tipu," kata pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa Paknil yang membuat laporan polis di Balai Polis Kota Samarahan, Sarawak semalam selepas mendapati namanya disalah guna oleh pihak tertentu.

Menerusi perkongsian dalam sebuah video di Instagramnya, pengacara berusia 57 tahun itu menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk menipu orang ramai di sebuah pusat beli-belah di Kota Samarahan.

Klik untuk gambar besar


Tambah Paknil, beliau tidak mahu masyarakat di situ percaya kerana secara kebetulan beliau kini sedang berada di Kuching atas urusan kerja. Kebetulan saya ada di sini, nanti orang percaya tentang cabutan bertuah itu.

"Sedangkan saya ke sini tiada kaitan dengan syarikat elektrik berkenaan. Akhirnya nanti akan sebabkan anda kehilangan wang ringgit. Jadi berhati-hatilah kepada semua dan jika anda didekati oleh manusia penipu seperti ini, buat laporan polis," pesannya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Aznil Hj Nawawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: