23 August 2019

BUAT HAL LAGI - IQRAM DINZLY JADI 'BALET PATRIOTIK' PULA


Haaiii... nampaknya pelakon Iqram Dinzly tidak serik lagi dalam melakukan benda yang boleh mendapat kritikan dan kecaman apabila sekali lagi mencuri tumpuan netizen selepas tampil menari memakai pakaian seakan-akan penari balet.





Iqram berbuat demikian menerusi ruangan Instagram (IG) Live buat tatapan pengikutnya di laman sosial terbabit. Dalam video tersebut, Iqram memainkan lagu patriotik yang bertajuk Warisan - Anak Kecil Main Api dan menari dengan memakai skirt tutu bewarna hitam, sayap di bahagian dada serta kain layah di bahagian kepala.

Dalam video yang sama, Iqram juga kelihatan menangis kesedihan ketika bercakap mengenai cinta. Meninjau ruangan mesej, rata-rata pengikut Iqram meninggalkan respon berbeza, ada yang mengkritik perbuatannya itu dan ada juga yang menghormati hak peribadinya untuk melakukan apa yang disukai.

"Dulu elok machonya, sekarang pecah habis. - "Murung aku tengok. - "Janganla kecam, dia kan ada hak sendiri," tulis netizen buat Iqram yang mulai aktif dalam kariernya sebagai pelakon sekitar tahun 2004, namun kerjayanya itu seakan terhenti mulai tahun lepas dan kini kerap tampil melakukan perkara pelik di media sosial.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: