23 August 2019

KUTIP SAMPAH 2 JAM - NETIZEN PUJI USAHA ZUL YAHYA


Usaha pelakon dan juga usahawan, Zul Yahya membersihkan sampah di persekitaran kawasan Taman Meru, Ipoh tular baru-baru ini telah mencuri tumpuan warganet apabila rata-ratanya memuji usaha dan tindakan murni yang dilakukan Zul.





Semuanya gara-gara rakaman video yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Hairuddin: "Semalam Zul bagi tahu sampah banyak di kat area Mcdonalds Meru. Hari ini dia sendiri yang datang sapu sampah penuh satu kereta pacuan empat roda," katanya.

Sehingga kini video pada posting terbabit telah dikongsi sebanyak 560 kali dan menerima 68,000 tontonan. Bagaimanapun, ada juga yang menganggap pelakon itu sengaja untuk mencari perhatian.

Sementara itu menerusi laman Facebook milik Zul, dia turut memberi nasihat kepada orang awam agar menjaga kebersihan bumi ini kerana itu adalah tanggungjawab bersama: "Buang tabiat buruk itu dan jadilah manusia berkualiti. 20 bungkus plastik sampah berjaya dikutip selama 2 jam lebih".


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: