19 August 2019

CAPRICE DIDAKWA HINA KELANTAN - NGO GESA POLIS SIASAT


Anak Kelantan melalui satu kenyataan berkata mereka amat kesal dengan tindakan penyanyi rap, Caprice selaku artis tempatan yang mengeluarkan kenyataan jelik terhadap masyarakat di negara ini. Melalui sebuah perkongsian yang dimuatnaik di laman Instagram minggu lalu, Caprice didakwa mempersoalkan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan pada majlis ceramah oleh penceramah terkenal, Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV.





"Zakir Naik melalui ceramahnya menggunakan 100 peratus bahasa Inggeris... kalau anda tak boleh faham bahasa asas yang selalu saya gunakan dalam video, bagaimana pula kesemu 20,000 rakyat Kelantan di dalam stadium itu boleh memahami kandungan ceramah itu?

"Saya tahu anda menipu saya. Anda angguk, angguk, angguk, tapi jangan beritahu saya semua anda faham ceramah yang disampaikan dalam bahasa Inggeris. Dan-dan (Tiba-tiba) sahaj satu stadium dekat Kelantan boleh faham bahasa Inggeris," kata Caprice.

Dek kerana itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli atas dakwaan menghina rakyat Kelantan. Laporan itu dibuat pada Ahad kira-kira pukul 4.45 petang oleh persatuan dikenali Anak Kelantan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Anak Kelantan mendakwa Caprice turut menghina rakyat Kelantan dengan mengatakan negeri itu paling banyak memiliki rekod jenayah termasuk dadah, pembuangan bayi dan pedofilia. Kenyataan berunsur penghinaan itu telah ditinggalkan Caprice melalui ruangan komen Instagram @igkelantan yang dimuatnaik semula video berkenaan.

"Salinan video berkenaan telah dimuatnaik semula oleh Instagram @igkelantan dan pada ruangan komen, artis berkenaan mengeluarkan komen yang menghina dengan mengatakan Kelantan adalah negeri terbanyak mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedofilia.

"Kelantan artis berkenaan jelas telah menyinggung perasaan kami rakyat Kelantan dan perbuatan berkenaan jelas adalah kenyataan egonya selaku artis tempatan. Kami memohon pihak polis menyiasat apakah tujuan sebenar dia mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal sedemikian dan mengambil tindakan yang sewajarnya," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: