13 August 2019

ELYANA AMBIL ANAK ANGKAT KEDUA, KALI INI PEREMPUAN?


Penyanyi Elyana menerusi Instagram memuatnaik satu perkongsian awal malam tadi dimana ia telah mencuri perhatian pengikutnya. Apa tidaknya, penyanyi lagu 'Ironi' itu berkongsi fotonya bersama seorang bayi perempuan dengan kapsyen: "Anak perempuan ku yang ke 2," tulis Elyana yang turut berkongsi beberapa video yang merakamkan gelagat 'cahaya mata barunya' itu di InstaStories miliknya.





Lalu melihat pada ruangan komen, ada yang bertanya mengenai seorang lagi anak angkatnya iaitu seorang kanak-kanak lelaki yang diberi nama Tulus selain memuji kecomelan bayi perempuan yang dipangkunya itu. Bagaimanapun, Elyana tidak memberikan sebarang respon terhadap komen yang ditinggalkan peminat. Pada masa sama, Elyana juga pernah berkongsi foto bayi lelaki itu menerusi InstaStories akhir tahun lalu.

Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila memaklumkan dirinya menghidap barah limfoma tahap empat. Bintang itu mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah yang kini berusia 8 tahun.

Sementara itu, Elyana sebelum ini difahamkan terpaksa menggugurkan kandungan keduanya akibat bimbang komplikasi kanser yang dihadapi. Sebelum ini, Elyana juga pernah keguguran pada tahun 2016 kerana mengandung luar rahim.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Elyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: