13 August 2019

"SAYA HARAP DATUK SUDI BANTU" - GADIS 220 KG MAHU JUMPA ALIFF SYUKRI


Beberapa hari lalu, usahawan kosmetik yang juga bergelar penyanyi dan pelakon, Datuk Seri Aliff Syukri ada mendedahkan komen yang ditinggalkan netizen berhubung kisah gadis terbabit menerusi Instagram sehingga menerima kecaman teruk dek kerana memanggil "budak gemok".





Kali ini, suami kepada Datin Nur Shahida itu telah memuatnaik sepotong video awal semalam menerusi Instagram TV (IG TV) miliknya, berhubung permintaan seorang gadis comel yang ingin bertemu dan meminta bantuan darinya.

Kongsi Aliff menerusi ruangan kapsyen, dia turut bertanya mengenai latar belakang individu tersebut selain mengakui andai mendapat seribu komen dari para pengikutnya di laman sosial, dia tidak teragak-agak untuk membantu gadis berkenaan.

Klik untuk gambar besar


"Adakah patut abg tolong?? Nama dia siapa asal mana? Siapa tau budak gemook ni dari mana.. Abg tau pun dari FB.. Dia nak apa dari abg sebanaryaa?? Adalah abg patut tolongggg?? Diaa.. Kalau abg dpt 1 ribu org komen di bawah👇🏻👇🏻 "Tolong adik gemok abg terlajaklaris" Inysallah abg akan tolong..," tulisnya.

Menerusi laman Media Hiburan, pihak menerima kiriman video darpada pembaca mengenai hasrat gadis berkenaan: "Assalamualaikum kepada Datuk Aliff, saya nak minta bantuan Datuk Aliff untuk membantu saya. Saya tahu, Datuk ada menjual produk kesihatan yang boleh bantu orang gemuk untuk jadi kurus. Saya harap Datuk sudi dan dapatlah bantu saya," kongsi gadis berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Wanie itu.

Pada masa sama, Wanie turut berazam untuk belajar seterusnya menjadi insan yang berjaya seperti penyanyi 'Abang Nak Tegur' itu: "Saya nak jadi macam di, sebab itu memang impin saya, nak jadi orang yang berjaya," akui Wanie lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: