13 August 2019

DIKECAM, DIUGUT REPORT POLIS - ELVINA NAFI DERA ANAK, CUMA BERGURAU


"Tak sangka apabila saya post gambar itu di Instagram, ia menjadi menjadi isu besar. Siap kaitkan saya dengan orang lain kerana dera anak. Mereka ni sangat melampau! Takkan lah saya nak dera anak sendiri... ia hanya gurauan. Kapsyen itu sahaja sudah menunjukkan yang saya hanya bergurau. Takkan lah mereka tak boleh nak fikir?





"Lagipun saya guna pita pelekat hospital dan dia gelak sahaja. Tak mungkin saya nak buat benada yang tak betul? Saya bukan bodoh sangat sampai nak dera anak sendiri... nak bagi anak sendiri terseksa," demikian ujar pelakon Datin Elvina Mohamad yang terkejut dengan tuduhan dan menafikan dia mempunyai niat untuk mendera anaknya sendiri, Karl Mateen sendiri dan berkongsi di media sosial.

Niat untuk bergurau akhirnya memakan diri apabila Elvina dituduh melakukan penderaan terhadap anak lelakinya, Karl Mateen yang baru berusia lapan bulan. Gurauan Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 24, dengan mengikat tangan dan kaki bayinya menggunakan pita pelekat perubatan tidak disenangi sebilangan netizen yang menyifatkan ia sebagai perbuatan serius dan tidak bertimbang rasa.

Tambah Elvina selain kata-kata kecaman, ada juga antara netizen yang mengugut untuk membuat laporan polis berhubung tindakan itu: "Ketika itu, semua ahli keluarga ada di hospital kerana bapa mertua saya tidak sihat dan kami semua bergurau mengenainya. Saya pun pelik... saya upload perkara hanya untuk bergurau pun mereka nak jadikan ia perkara besar. Ada yang siap DM (Direct Message) saya ugut nak buat report".

Klik untuk gambar besar


Jelas aktres drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf' ini, dia enggan memperbesarkan isu berkenaan namun tidak akan menghalang mana-mana individu yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya: "Sekarang ni apa yang mereka nak cakap, saya malas nak ambil kisah... saya dah penat. Malas nak layan benda yang tak masuk akal.

"Mereka sengaja cari salah dan bash kita. Ini tak kena, itu tak kena. Saya rasa mereka sengaja nak besar-besarkan isu itu sampai nak report polis, report gambar itu sampai kena removed dengan Instagram. Kalau mereka betul-betul mahu buat report polis, silakan. Saya boleh bawa anak saya sekali pergi balai polis," katanya.

Elvina sebelum ini pernah menjadi perhatian netizen kerana memberi makanan pepejal (slid food) kepada Mateen ketika berusia empat bulan. Bagaimanapun, Elvina terlebih dahulu sudah mendapatkan nasihat daripada doktor.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Elvina Mohamad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: