13 August 2019

"BAYANGKAN JUTAAN MANUSIA BERMUHASABAH DIRI" - FIZO BERMALAM DI MUZDALIFAH


"Bermalam di Muzdalifah antara salah satu moment perjalanan haji yg xdpt aku lupakan dan memberi kesan mendalam dalam kehidupan aku. Bak kata Ulama, suasana ini diibaratkan seakan akan padang Masyar nanti. Beginilah keadaan kita semua menanti saat dipanggil dan dihitung amalan duniawi kita.





"Siapa pun kau tetap sama sahaja. Bayangkan jutaan manusia bermuhasabah diri di Muzdalifah dgn penuh harapan keampuanan dari Allah. Pelbagai bangsa dr seluruh pelusuk dunia berkumpul dgn niat Lillahitaala tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan. Kita sama sahaja di mata Allah. Hanya amalan kita shaja membezakan kita semua.

"Saat ini kita diuji tahap kesabaran dan pengorbanan kita dlm menjalankan tanggungjawab kita utk rukun Islam ke-5 ini. Wahai sahabat sekalian, pasanglah niat utk ke sini dan rasai lah apa yg aku dah lalui. Kalau dah mampu, xperlu ditanggung lagi kerana ia bkn shaja menjalankan rukun, tp pada aku pengalaman sebuah perjalanan mengenali diri sendiri dan mengenal kebesaran sang pencipta.

Klik untuk gambar besar


"Semoga aku dijemput lagi dan dapat merasai pengalaman yg sgt berharga yg memberi keinsafan sehingga membuatkan aku merasa betapa kerdilnya diri ini," demikianlah tulis pelakon dan usahawan Fizo Omar yang berkongsi pengalaman bermalam di Muzdalifah ketika mengerjakan ibadah haji.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fizo menjelaskan bermalam di Muzdalifah merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan dan memberi kesan pada dirinya. Sementara itu, Fizo turut menyeru pada orang ramai dan mereka yang berkemampuan untuk memasang niat merasai pengalaman yang dirasai olehnya.

Rata-rata mengakui tidak sabar untuk merasai pengalaman bermalam di Muzdalifah dan berharap agar suatu hari nanti mereka akan dijemput untuk menunaikan ibadah haji. Selain Fizo, beberapa selebriti Malaysia turut berkesempatan melaksanakan rukun Islam kelima pada tahun ini iaitu Neelofa, Erra Fazira, Aris Ariwatan, Wany Hasrita, Amira Othman dan Ashraf Muslim.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fizo Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: