13 August 2019

NORA ARIFFIN: "JANGAN TERLALU CONTROL... INSYAALLAH SUAMI TAK CARI LAIN"


Menerusi laman Instagram, penyanyi Nora Ariffin percaya rumah tangga yang bahagia terletak pada kepercayaan pasangan. Berpegang pada nasihat ibunya, kata Nora untuk keharmonian rumah tangga, seseorang isteri perlu taat pada suami dan tidak terlalu mengongkong.





"Bersama satu-satunya ibu tercinta, antara nasihat yang sentiasa dipegang untuk menjadi isteri yang baik. Ma selalu pesan... Nak jadi isteri yang baik kena jaga makan pakai suami, jangan bagi orang gaji yang buat, taat pada suami, patuhi hak dia dan jangan terlalu control suami. Insya-Allah suami tak akan cari lain," kata Nora menerusi perkongsiannya di Instagram.

Perkongsian Nora itu juga ternyata berguna memandangkan tidak pernah tercetus sebarang kisah tidak manis sepanjang Nora bersama arwah suaminya, komposer Johan Nawawi. Malah, Nora juga sering berkongsi luahan hatinya terhadap kerinduan arwah suaminya itu di media sosial peribadinya.

Mengimbas semula, Johan menghembuskan nafas terakhir jam 6.30 pagi pada 24 Mac 2017 di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) kerana serangan jantung. Allahyarham adalah komposer terkenal yang mencipta nama sejak dekad 1980-an dan antara sentuhan popular pernah dihasilkannya termasuk Hanya Satu, Desa Tercinta, Samudera dan Naluri (Hadirlah Kekasih) yang dinyanyikan Nora.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro gempak & Instagram Nora Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: