14 August 2019

ANAK KEDUA KUNING TINGGI - ALI PUTEH MOHON DOA


Menerusi laman Instagram, pelawak Ali Puteh memohon doa ramai agar anak keduanya yang baru dilahirkan pada 6 Ogos lalu itu sihat selepas mengalami penyakit kuning (jaundice) dengan tahap bacaan tinggi sehingga terpaksa ditahan untuk dipantau di hospital.





"Harini masuk wad, kuning naik tinggi.. Doakan baby sihat ye semua. Esok walid datang tengok adik ok," tulisnya yang menerima komen peminat mendoakan agar bacaan anak Ali kembali normal serta sihat seperti sediakala.

Untuk makluman, Ali dan isteri, Melati Fitri Abdullah yang bercinta sejak menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia itu sah bergelar suami isteri pada 28 Mei 2016. Mereka sebelum ini telah dikurniakan seorang puteri, pada 4 November 2017 yang dinamakan Sharifah Nur Aaira Qaireen.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Isntagram Ali Puteh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: