14 August 2019

AKUI JAHIL - FATHIA MAHU CALON SUAMI BIMBING DIRINYA


"Saya faham apa yang saya lakukan adalah salah disisi agama, saya akui diri ini jahil. Namun siapa tahu saya bakal menemui calon suami yang dapat membimbing diri ini ke arah yang lebih baik suatu hari kelak.





"Tidak dinafikan saya masih mendapat komen negatif daripada masyarakat, namun saya anggap mereka berkata demikian kerana sayangkan saya.

"Apa yang boleh saya katakan ialah ini karakter sebenar saya demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi antarabangsa," demikianlah kata pelakon kontroversi, Fathia Latiff yang mengakui imejnya yang sudah tidak berhijab sejak April lalu itu terus-menerus menerima kecaman orang ramai.

Namun Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, menjelaskan dia akan tetap mengekalkan imej tersebut demi mengejar cita-citanya dalam bidang nyanyian.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fathia Latiff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: