14 August 2019

"HADAM... SEDARLAH AWAK TIDAK DIPERLUKAN PUN" - NADYA SYAHERA


Berhubung tindakannya memuatnaik status terbaru di Instagram yang seakan-akan ditujukan kepada seseorang, pelakon Nadya Syahera mengakui ia adalah untuk menjelaskan keadaan terkini hubungannya dengan suami, Fizul Nawi.





Nadya, 26, berkata, jika individu yang pernah dikaitkan dengan suaminya sebelum ini terasa hati, dia menyarankan supaya individu berkenaan muhasabah diri: "Status itu dimuatnaik bagi menjawab spekulasi kononnya saya dan suami sudah berpisah serta tidak lagi tinggal sebumbung.

"Buat pengetahuan semua, selepas kes curang tempoh hari saya dan suami ambil pendekatan untuk mempertahankan rumah tangga kami. Suami pun sudah minta maaf dan saya nampak usaha dia untuk berubah. Justeru, saya harap wanita itu hadam sendiri apabila lihat gambar saya dan suami. Sedarlah, awak tidak diperlukan pun," katanya.

Nadya yang popular dengan watak Bella dalam drama 'Dia Semanis Honey' itu turut berharap kisah rumah tangganya menjadi iktibar terutama kepada mereka yang berdepan situasi sama: "Lihat dari sudut positif apa yang terjadi dalam rumah tangga saya. Mereka harus kuatkan diri dan bangkit mempertahankan hak mereka.

Klik untuk gambar besar


"Jangan pernah mengalah dan tunduk dengan cakap orang sebaliknya ikutlah kata hati sendiri. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya selama ini," ujar Nadya yang berkahwin dengan Fizul pada 25 September 2015 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.

Pada Julai lalu, Nadya mendedahkan masih tinggal sebumbung dengan Fizul meskipun rumah tangga bergolak selepas dia mendedahkan kecurangan suaminya itu. Pelakon itu mendakwa dia dan suami yang juga ahli perniagaan dalam proses memperbaiki hubungan mereka.

Terdahulu, Nadya pernah mendedahkan kecurangan suami dengan seorang wanita selepas mendapat bukti bergambar. Menerusi perkongsian itu, Nadya mendakwa mula menghidu kecurangan suami kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfiti lalu. Nadya mendakwa suaminya tidak pulang ke rumah hampir sebulan pada ketika itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nadya Syahera


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: