14 August 2019

NOURUL DITEGUR BERI ISABELLA MINUM AIR KOSONG


Gara-gara berkongsi sebuah video sedang memberi air kosong menggunakan botol susu kepada anak bongsunya, Isabella Depp yang selamat dilahirkan pada 30 April lalu di Instagram TV, penyanyi Nourul Depp telah menerima teguran dari seorang netizen.





"Assalamualaikum. Maaf mencelah. Cuma nak bagi pandangan, seeloknya jangan bagi anak (baby) minum air kosong dulu. Seeloknya galakkan bagi anak (baby) minum susu ibu pasa umur baby baru lahir sehingga 2 tahun, kerana susu ibu itu adalah lebih baik sebaiknya daripada air kosong. Susu ibu itu dah lengkap semuanya untuk baby.. Dan jangan galakkan bagi baby minum air kosong. Terima kasih," tulis netizen itu.

Namun, ada segelintir pengikut yang meninggalkan komen positif dan mempertahankan tindakan penyanyi lagu 'Kerana Terluka' itu. Ada peminat bersetuju dengan tindakan Nourul kerana mereka juga melakukan perkara yang sama.

Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada 2012 dan sebelum ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3. Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang berusia 20 tahun.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nourul Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: