22 August 2019

FATIN AFEEFA PERTAHAN INTAN: "LELAKI YANG BITTER NI SEMUA MISKIN"


Kita tahu yang Intan Najuwa menerima banyak kritikan gara-gara pertunangannya dengan seorang usahawan Ahad lalu kerana jarak usia 16 tahun. Selain komen negatif, ada juga yang menuduh pelakon itu mendapat mesin ATM.





Bagaimanapun,tuduhan itu dinafikan oleh Intan dengan memberikan penjelasan alasan pertunangan itu. Terkini, rakannya Fatin Afeefa yang juga seorang pelakon telah meluahkan rasa terhadap netizen yang mengkritik Intan: Tulisnya di Twitter: "Lelaki yang bitter ni semua miskin," Wow... pedas tu!

Akibatnya, bintang filem 'Tentang Bulan' ini turut dikritik oleh netizen yang terasa hati. Dakwa mereka, Fatin juga 2X5 mata duitan kerana mempertahankan rakannya. Hai... nampaknya bertambah panjang drama pertunangan ni. Apapun, mari kita doakan semoga semuanya kembali tenang.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: