22 August 2019

SEAKAN 'BABY BUMP' - FASHA SANDHA HAMIL LAGI?


Semua sedia maklum mengenai pelakon Fasha Sandha yang mengalami keguguran selepas disahkan mengandung sebulan setelah dua bulan berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz, Mac lalu. Namun baru-baru ini, foto terkini Fasha yang dimuatnaik ke akaun Instagram miliknya telah mengejutkan peminat kerana bahagian perut pelakon itu kelihatan seperti mempunyai 'baby bump'.





Malah ramai yang membuat andaian Fasha kini sedang berbadan dua. Tidak kurang juga yang terlebih awal telah mengucapkan tahniah kepada Fasha. Menerusi entri tersebut, Fasha dilihat sedang duduk sambil mempromosi sebuah produk. Manakala foto lain pula, Fasha memakai tudung sambil memeluk anak-anaknya.

"Pregnant ke? Nampak baby bump," komen peminatnya. - "I can see your baby bump," teka seorang pengikutnya. - Tahniah, dah nampak baby bump di situ," ucap peminatnya.

Namun Fasha sendiri tidak membalas mana-mana komen dan membiarkan ia sebagai tanda tanya. Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, Fasha mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: