23 August 2019

"HAPPY BIRTHDAY BIDADARI KU... TUNGGU MAMA" - SAFURA YAACOB


"Senyuman anak syurga ku.... lahir 23.8.08.. kini tiada lagi .. insan yang kukasihi.. yang ada hanya pusara sepi.. .. (biar ku simpan kenangan ini...) Happy birthday bidadari ku," demikianlah tulis penyanyi dan pelakon Safura Ya'cob dan 23 Ogos 2008 adalah antara tarikh yang pastinya tidak dapat dilupakan olehnya dimana anaknya, Nur Aisyah Mariam dilahirkan.





Nur Aisyah merupakan anak sulung hasil perkongsian hidupnya dengan suami, pelakon Sharonizam Noor. Namun, Allah SWT lebih menyayangi Nur Aisyah. Nur Aisyah meninggal dunia pada September 2011 akibat demam panas ketika berusia tiga tahun.

"Sangat rindu... pasti akan aku cium baju terakhir yang arwah pakai.. akan aku cium sepuasnya.. dan menangis semahunya... sehingga lelah itu habis... Tunggu mama... jangan lupa cari mama nanti," coret Safura pada sekeping gambar Nur Aisyah yang dimuatnaik di laman Instagramnya.

Sebelum menyertai Gegar Vaganza (GV) musim kelima, Safura pernah memberitahu dia sudah lama tidak menyanyi pada acara besar selepas kehilangan anaknya itu. Masanya banyak diperuntukkan bersama keluarga di rumah. Semoga Safura dan suami sentiasa tabah.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Safura Yaacob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: