23 August 2019

DISERANG SAKIT JANTUNG - IFA RAZIAH MOHON DOAKAN ADIKNYA


"Salam Jumaat yg Barakah.... Mohon tolong doakan adik kandung Ifa.. Mohd Shahiran Bin Hj Mustapha semoga cepat sembuh dari serangan Sakit Jantung.. Syukur Alhamdulillah baru sebentar tadi adik Ifa dapat bukakan mata dan tersenyum... Sekarang ni Iran menerima Rawatan di IJN...





"Semoga dipermudahkan pd Hari Jumaat yg Barakah ini.. Aamin Ya Rabbal Alamin ," kongsi penyanyi dan pengacara Ifa Raziah menerusi akaun Instagramnya yang memberithu adik lelakinya, Mohd Shahiran Mustapha telah diserang sakit jantung dan kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Menurut Ifa, pihaknya memanjatkan rasa syukur kerana adik lelakinya itu kini sudah sedarkan diri. Ifa turut memuatnaik foto keadaan adik lelakinya yang berbaju kuning dan sedang terlantar menerima rawatan di pusat perubatan itu. Simpati atas nasib yang menimpa keluarga Ifa, peminat setianya turut memanjatkan doa agar adik lelakinya itu segera sembuh dan dijauhkan daripada penyakit berbahaya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Ifa Raziah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: