25 August 2019

"IMEJ, NAMA ADA HARGA... TENGOKLAH APA KATA LAWYER" - NOURUL DEPP


"Tak tau dah nak cakap macam mana dengan sikap ambil mudah setengah orang/ pegusaha produk/ perniagaan. Ada yang kata bukan laku pun guna gambaq artis. Tapi ternyata artis membantu juga kan. Artis makan; , hidup atas angin ka chek. Bayaq bil guna ayaq ka chek - yang mana sesetengah orang menggunakan gambaq2 kami di dalam marketing material depa yang mungkin boleh membantu perniagaan.





"Kami ni artis berniaga juga. Nama kami, imej dan trade mark adalah bisnes kami. Guna nama kami bermakna menggunakan imej dan nama. Imej tu ada harga. Nama tu ada harga. Influence orang ramai untuk menggunakan produk yang dijual dengan guna artis. Tapi digunakan tanpa permission bagaikan "dicabul". Kalau depa ni ada produk, depa nak protect produk depa. Sama jugak dengan kami. Kami kena protect nama dan imej kami. Guna sewenang wenangnya macam ni bukanlah satu sikap yang professional.

"Bila jadi macam ni, teringat kata kawan @rashdanrashid dari karangkraf "bengap tu percuma. Jangan tapau habis semua!". Sebab tu orang kata pengetahuan tu penting. Kalau tak tau, kita mungkin sesat. Jadinya sama lah dengan hal ni. Tak pasai2 bagi duit free kat kami nanti. Yang membuat dan menyebarkan (viral) kan gambaq ni.

"Kali ni saya akan ambil tindakan undang2. Sebab tak boleh bagi muka dah. Bukan untuk kami sorang. Tapi untuk protect semua artis lain. Dalam masa yang sama bagi pengetahuan undang2 sikit kat depa yang buta tuli ni.. Apa-apa business tu, adalah satu yang serious. So sama lah jugak kami artis. Business kami juga adalah serious. So kita tengoklah apa kata lawyer nanti.

"Kami ni dok menahan nak berletiaq pasai benda ni. Tapi takdak masa. Dok sibuk kat #mdw2019 #memberdevelopmentweekend ni. Aku geram! Ni baru dua kali berlaku kat kami. Kat artis lain kami tengok dah banyak. Mungkin depa tak tau. Atau depa "sedekah". Kami faham. Ada yang baik hati. Tapi biaq lah berpada-pada nak baik pada depa yang berniaga lagu ni.

Klik untuk gambar besar


"Kita pun kalau buat business kita nak berkat. So toksah dok "curi" atau cabul hak orang lain untuk keuntungan sendiri!," demikian tulis penyanyi Nourul Wahab Depp yang berang dengan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan nama serta gambarnya tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kecantikan di laman sosial.

Tegas Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, perbuatan itu disifatkan sebagai pencabulan haknya dan beberapa rakan selebriti lain yang turut menjadi mangsa. Nourul meluahkan rasa kesal itu menerusi laman instagram miliknya pada Ahad. Selain itu, Nourul berkata dia tidak mahu memberi muka kepada mana-mana individu yang menggunakan imejnya bagi melariskan produk mereka.

Susulan itu, Nourul menerusi Facebook miliknya turut menyeru kepada beberapa selebriti lain seperti Zizie Izete, Vanida Imran, Fasha Sanda dan Erra Fazira sekiranya mahu mengambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran buat usahawan berkenaan.

Terdahulu, sebuah jenama produk kecantikan menggunakan beberapa gambar selebriti tempatan sebagai rujukan bagi rona kulit krim foundation yang dijualnya. Gambar itu turut dikongsikan ke beberapa kumpulan di laman Facebook sehingga ia menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nourul Wahab Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: