16 August 2019

KEMALANGAN - AFIEQ SYUKUR DIA & ADIK TAK CEDERA PARAH


"Kereta saya terbabas kerana keadaan jalan raya yang licin akibat hujan. Ini kali pertama saya mengalami kemalangan dan saya berjanji akan lebih berhati-hati bila memandu selepas ini," demikian kata penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan.





Terlibat kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada pukul 8.30 malam semalam, Afieq, 22, memberitahu ketika insiden itu berlaku, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama adik-adiknya dari Pulau Pinang.

Meskipun keadaan kereta Proton Saga merah miliknya kemek teruk di bonet hadapan, pelantun lagu 'Darjat' itu bersyukur kerana dia bersama adik-adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan parah. Dalam pada itu, Afieq turut berterima kasih kepada semua peminat yang menghantar mesej dan meninggalkan komen di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Afieq Shazwan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: