16 August 2019

INI JAWAPAN LISA SURIHANI BILA BEN AMIR DIKATA IRAS WAJAHNYA


Semua mengetahui mengenai pelakon Ben Amir yang sering dikatakan mempunyai wajah seiras seperti pelakon dan pengacara Lisa Surihani. Dalam pada itu, Lisa telah membuat pengakuan di akaun sosial Twitternya pada malam Khamis mengenai hubungannya dengan aktor drama 'Sweet Dreams' itu.





Lisa menerusi kemas kini terbarunya mengejutkan banyak pihak selepas mengaku Ben Amir merupakan adiknya: "Hey semua... Ben Amir tu memang adik saya la, tak tahu ke? Hehehe," tulisnya. Sungguh pun jelas Lisa hanya berseloroh mengenai perkara tersebut, namun ada juga warganet yang mempercayainya.

Lebih menarik perhatian warganet ialah, Lisa turut meninggalkan komen pada foto yang dimuatnaik heroin drama 'Sweet Dreams', Mira Filzah di laman Instagram miliknya. Lisa turut meninggalkan tag nama 'Ben Amir' pada ruangan komen dan telah menerima reaksi comel daripada pengikut di IG.

Klik untuk gambar besar


"Disebabkan semua orang cakap dia dan saya serupa, jadi terimalah hakikat bahawa dia adalah adik saya. Okay jadi, macam mana dia? Saya harap dia berkelakuan baik, kalau tidak bagi tahu saya ya! Tahulah Kak Long 'sekolahkan' dia nanti," tulisnya kepada Mira Filzah.

Ben Amir dan Mira Filzah bergandingan dalam drama bersiri 'Sweet Dreams' arahan pengarah terkenal Michael Ang. Drama ini telah mula ditayangkan di slot Megadrama sejak 5 Ogos lalu, menggantikan drama bersiri 'Setelah Terlafaznya Akad'.

Drama bersiri ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana. Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mira Filzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: