29 August 2019

LALUI EPISOD DUKA - AISHAH AZMAN AKUI TAK TRAUMA, TAK SERIK


"Saya tak trauma dengan lelaki atau tak serik mahu bercinta. Tapi, buat masa ini biarlah saya bersendirian dahulu. Saya mahu kembali memberikan fokus terhadap kerjaya dalam bidang lakonan dan mahu memacu semula karier saya," demikian kata pelakon Aishah Azman yang mengakui tidak trauma dengan kaum lelaki atau serik untuk bercinta lagi selepas melalui episod duka dalam ikatan pertunangan.





Sebelum ini, hubungan pertunangan Aishah dengan pelakon Syafie Naswip yang dibina pada 7 April lalu putus di tengah jalan. Pelakon drama bersiri 'Namaku Bedah' ini juga enggan mengulas lanjut mengenai kes yang dihadapi olehnya dengan bekas tunang.

"Saya tak nak bercakap atau ulas lanjut. Semuanya masih dalam siasatan. Biarlah pihak berwajib menjalankan tugas mereka. Saya tak mahu buka mulut atau memberikan sebarang komen. Biarlah semuanya selesai terlebih dahulu," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan Aishah. Pelakon filem 'Mukhsin' itu menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aishah Azman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: